DAPUR KASIH SAYANG

Memasak untuk menyemai kasih, menabur sayang

Ayam Masak Lemak Cili Padi Ummi Perantau 4 May 2009

Filed under: Uncategorized — noraslina75 @ 9:11 AM
Tags:

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam

20 batang cili padi hijau ditumbuk

1 inci kunyit hidup ditumbuk

4 biji kentang dipotong empat setiap satunya

santan- dari 1/2 tin 450ml

1 asam keping

2 batang serai, dititik

Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:

1. Potong ayam kepada 12 bahagian kecil.

2.Bersihkan dan kemudian lumur sedikit dengan garam.

3. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi hingga lumat.

4. Santan dijadikan 1cawan santan pekat dan 1cawan santan cair.

5. Dalam periuk, satukan bahan yang telah ditumbuk, ayam bersama santan cair dan jerang di atas api yang sederhana.

6. Setelah ayam separuh masak, masukkan kentang, asam keping dan serai yang telah dititik.

7. Setelah ayam dan kentang lembut, masukkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Kacau supaya tidak pecah minyak.

8. Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga menggelegak dan kemudian tutup api.

9. Sedia dihidangkan..

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.